Saturday 30 January 2016

Carian Paling Popular Di Malaysia Tahun 2015

Paling Popular Di Malaysia Tahun 2015: Tahun 2016 akan muncul tidak lama lagi. Sekejap sungguh masa berlalu... Adakah sudah tercapai segala azam dan impian

Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang tahun 2015 dan ianya akan terus dikenang sebagai catatan sejarah yang tidak akan berulang lagi namun ianya perlu dijadikan ingatan dan pedoman agar kehidupan mendatang menjadi lebih baik.

Anda sudah lihat dan ketahui apa yang menjadi trending dan popular di seluruh dunia pada tahun 2015. Kini, bersama kita selongkar pula apakah yang menjadi trending dan paling popular di Malaysia bagi tahun 2015 ini.

Semua informasi ini boleh anda dapat di Google Trends. Senarai tersebut mengikut kategori yang telah diputuskan oleh Google bergantung kepada apa yang paling hangat dicari dan diperkatakan sepanjang tahun 2015.

Popular Di Malaysia 2015

Berikut adalah senarai kata kunci yang berkaitan sesuatu peristiwa atau perkara yang berlaku di mana ianya menjadi carian yang terhangat dan popular di enjin carian Google Malaysia bagi tahun 2015.

Paling Popular Di Malaysia Tahun 2015

Carian
1. HRMIS 2
Perkataan kata kunci paling popular di enjin carian Malaysia pada tahun 2015 adalah HRMIS 2. Apa benda tu? Bagi saya dan mereka yang tidak berkaitan pasti tidak tahu pun apakah sebenarnya maksud perkataan ini. 

Namun ia sangat pupular! Sebenarnya HRMIS 2 singkatan kepada portal rasmi Sistem Pengurusan Makluman Sumber Manusia version 2.0 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Ia merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia bermula dari pelantikan penjawat awam hingga mereka bersara.

Barulah kita semua tahu bahawa penjawat awam di negara ini lebih gemar menggunakan enjin carian untuk ke portal majikan mereka. 

Ada satu situasi yang agak janggal di sini iaitu perkataan yang paling popular di enjin carian tetapi ianya tidak popular serta hangat diperkatakan di media masa, social dan oleh orang ramai!

2. BR1M 2015
3. How-Old.net
4. Maharaja Lawak Mega
5. Fast & Furious 7

Orang
1. Lee Kuan Yew
Nama orang yang paling popular dicari oleh rakyat Malaysia di enjin carian pada tahun 2015 bukannya Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Razak tetapi mantan Perdana Menteri Pertama Singapura iaitu mendiang Lee Kuan Yew! Agak memeranjatkan!

Sesekali tidak pernah menafikan bahawa kematian Lee Kuan Yew pada 23 Mac 2015 pada usia 91 adalah satu berita besar namun apabila namanya menjadi orang yang paling trending di Malaysia bagi tahun 2015 adalah sesuatu yang agak pelik!

2. Paul Walker
3. Najib Razak
4. Mia Ahmad
5. Kevin Morais

Sudut Kewangan
1. 1 USD to MYR
Tidak dapat disangkal lagi, jika dari sudut kewangan, perkataan 1 USD to MYR menjadi popular berikutan kejatuhan teruk nilai Ringgit berbanding matawang negara lain terutama US Dollar. Pastinya Google Finance Converter adalah pilihan paling cepat untuk mengetahui nilai semasa Ringgit Malaysia.

Penyusutan nilai Ringgit hingga ke paras lebih dari RM4 berbanding USD merupakan kejatuhan paling teruk nilai Ringgit sejak krisis kewangan pada tahun 1997.

2. 1 SGD to MYR
3. Currency Converter
4. EURO to MYR
5. Belanjawan 2016

Paling Popular Di Malaysia Tahun 2015

Paling Popular Di Malaysia Tahun 2015

Filem
1. Fast & Furious 7
Nampaknya kehebatan filem tempatan, Polis Evo yang mencatat sejarah kutipan pecah panggung bagi filem terlaris di Malaysia pada tahun 2015 dan sepanjang zaman masih belum mampu mengatasi populariti filem Furious 7 yang menjadi carian filem paling popular di Malaysia bagi tahun 2015.

Filem yang diterajui oleh mendiang Paul Walker ini merupakan siri ke 7 dalam sekual Fast & Furious yang turut mendapat sambutan hangat peminat filem di seluruh dunia.

2. Jurassic World
3. Polis Evo
4. Fifty Shades of Grey
5. Avengers Age of Ultron

Pertandingan Sukan
1. Sea Games 2015
Temasya dwi tahunan sukan SEA ke-28 atau SEA Games 2015 menjadi carian acara sukan paling popular di Malaysia pada tahun 2015. Berlangsung di kota Singapura, ianya adalah acara sukan terbesar di Asia Tenggara apabila seramai 4,490 orang atlet berkumpul melalui penyertaan 11 buah negara.

Malaysia hanya menduduki tangga ke empat dibelakang Vietnam, Singapura dan Juara 2015 iaitu Thailand. Sebanyak 62 pingat emas, 58 perak dan 66 gangsa berjaya dikutip menjadikan antara jumlah pungutan pingat terbaik negara di tewasya sukan SEA yang dianjurkan diluar Malaysia

2. Wimbledon 2015
3. ICC World Cup 2015
4. Rugby World Cup
5. Australian Open 2015

Berita
1. QZ8501
QZ8501 adalah kod penerbangan bagi kapal terbang AirAsia Indonesia yang berlepas dari Surabaya, Indonesia untuk ke Singapura pada tanggal 28 Disember 2014.

Namun pesawat tersebut telah terhempas di Laut Jawa sehingga mengorban kesemua 162 penumpang dan anak kapal. Hanya 113 mayat berjaya ditemui dalam nahas tersebut.

Dari analisa kotak hitam, satu kejadian misteri di mana kapal terbang tersebut di dapati jatuh akibat dari pendakian ke aras terlalu tinggi sehingga pesawat tersebut gagal berfungsi.

QZ8501 terus menjadi bualan hangat berbulan-bulan lamanya sehingga menjadi carian berita paling popular di Malaysia pada tahun 2015.

2. Paris Attacks
2, ISIS
3. Bajet 2016
4. MH370

Paling Popular Di Malaysia Tahun 2015

Paling Popular Di Malaysia Tahun 2015

Laman Berita
1. Malaysiakini
Laman portal berita pihak pembangkang ini terus menguasai enjin carian untuk kekal berada di puncak pada tahun 2015. Malaysiakini sentiasa memaparkan kisah-kisah bertentangan dari arus berita perdana sebagai satu alternatif sumber berita yang mencuri perhatian rakyat Malaysia.

Malaysiakini menjadi lidah pihak pembangkang untuk menyampaikan informasi, berita terkini serta seringkali menjadi topik sensasi yang digeruni oleh pihak kerajaan yang memerintah. Namun ianya bukan sahaja berkisarkan isu politik tetapi semua topik semasa turut dipaparkan di sini.

Nampaknya rakyat Malaysia semakin bijak dan tidak hanya mendapat sumber informasi dan berita dari media arus perdana yang semakin kurang diyakini ketelusannya.

2. The Malaysian Insider
3. Sinar Harian
4. Harian Metro
5. Berita Harian

Laman Membeli-belah
1. Lazada
Sejak internet semakin mudah dan murah untuk di akses, gaya hidup masa kini juga semakin berubah. Kemudahan untuk membeli-belah juga kini hanya di hujung jari.

Laman Web Lazada menjadi peneraju dalam bidang ini dan ianya terbukti apabila Nama Lazada menjadi laman web membeli-belah paling popular di Malaysia dalam tahun 2015.

Macam-macam boleh kita beli di Lazada... hanya cari, pilih dan bayar. Tak perlu nak bersusah payah memandu, menempuh kesesakan dan paling penting menjimatkan tenaga serta masa.

Dalam beberapa hari... barang pun sampai! Lepas tu... Nasiblah ye... kalau OK, senyum sampai ke telinga, kalau tak OK, luahkan kat media sosial... huhu...

2. Lelong
3. Zalora
4. Groupon
5. Zawara

Destinasi Percutian Tempatan
1. Langkawi
Destinasi percutian dalam negara yang paling di cari dan popular di Malaysia pada tahun 2015 adalah Langkawi! Satu lokasi yang tidak asing lagi dan amat dikenali di dalam negara dan di seluruh dunia.

Pulau Langkawi, satu-satunya pulau bebas cukai di Semenanjung Malaysia ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Bukan sekadar mempunyai pantai yang cantik tetapi terdapat pelbagai lagi daya tarikan istimewa seperti kisah lagenda Mahsuri, kereta kabel dan sky bridge, Tasik Dayang Bunting, pameran LIMA dan macam-macam lagi!

Langkawi adalah lokasi percutian yang serba lengkap untuk seisi keluarga!

2. Pulau Perhentian
3. Port Dickson
4. Cameron Highlands
5. Pulau Rawa

Paling Popular Di Malaysia Tahun 2015

Paling Popular Di Malaysia Tahun 2015

Model Kereta
1. Honda HR-V
Model SUV Kompak keluaran Honda ini menjadi model kereta paling popular dan terhangat di pasaran Malaysia dalam tahun 2015.

Dilancarkan pada bulan Februari 2015, HR-V terus menjadi perhatian dan cukup laris dipasaran. Kini, pembeli terpaksa menunggu 4~5 bulan untuk mendapatkan SUV ini.

Selain dari rekaannya yang menarik, moden dan terkini, faktor harga, teknologi serta gaya hidup masa kini turut menjadikan model SUV Honda HR-V ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan.

2. Lykan Supersport
3. Perodua Axia
4. Honda Civic
5. Proton Iriz

Peranti Mudah Alih
1. iPhone 6S
Bukan sahaja di Malaysia, malah diseluruh dunia pun turut terkesan dengan impak produk dari Apple Inc ini. Sejak ia dilancarkan, iPhone 6S terus menjadi peranti mudah alih yang paling popular dan ingin dimiliki!

Walaupun mendapat saingan sengit dari pelbagai jenama lain namun jenama iPhone masih mengekalkan popularitinya. Kecanggihan dan teknologi pada iPhone 6S yang maju setapak berbanding jenama lain menjadikan ianya kekal unggul mendahului pesaing-pesaingnya.

2. Samsung Galaxy S6
3. Samsung Note 5
4. Asus Zenfone 2
5. Asus Zenfone 5

Permainan (Games)
1. Agar.io
Bermula pada 28 April 2015, Agar.io terus menjadi fenomena di seluruh dunia dan tidak terkecuali di Malaysia sehingga menjadikan permainan (games) ini paling popular di tahun 2015!

Permainan ini amat mudah di mana pemain hanya perlu mengawal cell untuk mencapai mata tertinggi dan membesar semaksimum mungkin dengan menelan cell-cell kecil sambil itu terpaksa mengelak dari ditelan oleh cell-cell yang lebih besar.

Nama permainan Agar.io ini berasal dari nama agar iaitu sejenis "culture bacteria".

2. COC (Clash Of Clan)
3. Fallout 4
4. Pokemon Go
5. FIFA 16

Top 10 Most Expensive Google Keywords

Top 10 Most Expensive Google Keywords

The Top 10 Most Expensive Keywords are:
  1. Insurance
  2. Loans
  3. Mortgage
  4. Attorney
  5. Credit
  6. Lawyer
  7. Donate
  8. Degree
  9. Hosting
  10. Claim
You’ll notice that these top ten most expensive AdWords keywords deal primarily with financing and industries that manage vast sums of money. The fact that the educational keyword “degree” is one of the top ten most expensive Google keywords, right up with lawyers and credit, reminds us of the growing cost of education.
The next ten most expensive keywords complete our total list, resulting the top 20 most expensive AdWords keywords:
  1. Conference Call
  2. Trading
  3. Software
  4. Recovery
  5. Transfer
  6. Gas/Electricity
  7. Classes
  8. Rehab
  9. Treatment
  10. Cord Blood