Sunday 30 October 2016

21 Sebab Kenapa Peniaga Wajib Ada Blog Bisnes

21 Sebab Kenapa Peniaga Wajib Ada Blog Bisnes

 
6
1112
Tak kiralah anda adalah usahawan online atau konvensional (fizikal, brick and mortar punya kedai), kalau anda tak ada blog, anda memang sangat kesian.
Seriously..kesian sangat. Sebabnya:

Penat Tapi Tak Berbaloi

Anda sangat rajin dalam buat promosi bisnes anda tetapi promosi-promosi tu macam touch and go. Habis kempen, habis la marketingnya. Buat FB Ads dan lepas tu? Kena buat lagi kah? Dan lagi kah?
Anda dah laburkan dan mungkin leburkan banyak duit yang resultnya mungkin touch n go juga. Dengan blog, anda boleh tulis sekali tapi pakai baaaaaaanyak kali. Ia kekal di situ. Tak hilang dek masa. Lagi lama, lagi bagus. Free pulak tu.
Facebook-vs-Blog
Inilah realitinya.

Buatlah Bisnes Sorang-Sorang

Anda kehilangan banyak prospek yang suka ‘Google’ dalam setiap benda yang ingin di carinya, walaupun goreng pisang panas terbaik di pekan tersebut.
Anda dah mula kalah di mata Google berbanding pesaing anda, walaupun hakikatnya, bisnes anda mungkin lebih baik dan kencang dari pesaing anda.

Buang Masa Dengan Layan SMS dan WhatsApp Untuk Benda Berulang

Anda kehilangan suara dalam menerangkan produk anda secara 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Anda terpaksa layan semua SMS, WhatsApp, Facebook PM secara manual dan panjang DAN lama.
Paling kesian kalau dah layan message 1 jam, dan customer tak nak beli pun. Aduh.
Kan best kalau keterangan tu dah boleh tulis elok-elok di blog dan bila pelanggan tanya soalan yang sama, anda tinggal bagi link ke blog aja. Dia pun senang. Anda pun senang.

Anda Tiada Autoriti di Mata Pelanggan?

Pesaing anda yang rajin berblog mungkin kelihatan mempunyai kepakaran dan autoriti yang lebih tinggi dari anda walaupun anda sebenarnya lebih pakar dalam ruang bisnes anda. Ini amat ketara pada mata pelanggan yang suka membaca dan buat research.

Produk Unik dan Tiada Pesaing. Tapi Tiada Pembeli

Produk atau servis anda mungkin unik dan tak ramai pesaing tapi pelanggan anda tak tau kewujudan produk dan servis anda sebab …. dia tak jumpa di Google dan tiada siapa pernah bagi taunya.

This is my .com address. Your?

Anda kehilangan peluang untuk letak nama domain (seperti www.zulfa.com.my) di promosi iklan fizikal (banner, bunting, flyers, name card dan sebagainya).
Berapa banyak info kita boleh letak dalam medium iklan macam tu? Tak banyakkan. Macam mana kalau pelanggan nak tau lebih lanjut tentang produk tersebut? Call dan SMS anda?
Sesetengah pelanggan lebih gemarkan membaca di web atau blog terlebih dahulu…dan kini dia tak tau nak rujuk blog anda di mana. Sayang.
Owh...don't cry. Better late than never right.
Owh…don’t cry. Better late than never right.

Tiada Pusat Pemasaran

Strategi pemasaran online anda mungkin tiada titik pusat. Anda buat promosi di Facebook, di Instagram, di Twitter, WeChat, Google+ dan sebagainya.
Semuanya jenuh anda copy paste post yang sama berulang-ulang. Dah tu, tak banyak pula yang boleh ditulis (contohnya instagram).
Kan mudah kalau maklumat lanjut dari promosi-promosi media sosial tu, prospek boleh klik dan baca di blog. Presentasi di blog lebih menarik sebab artikel boleh susun cantik-cantik macam kita buat di Microsoft Words.

Pelanggan Ragu Ragu

Bisnes yang ada blog yang ‘proper’ membuatkan pelanggan lebih yakin dengan anda. Apatah lagi kalau blog tersebut adalah blog yang matang.
Sebabnya, semakin ramai kaki tipu yang menjual di media sosial dan pelanggan dah mula serik. Mereka dah pandai untuk siasat siapakah penjualnya.
Internet Theft

Bila mereka jumpa penjual tersebut ada blog yang matang, banyak isi-isi yang bagus dan kelihatan profesional, keyakinan mereka bertambah.

So…

Menulis blog adalah kerja pemasaran yang mudah.
Kalau anda tau pakai Microsoft Words, anda tidak akan ada masalah untuk menulis blog. Segala ‘interface’ adalah hampir sama.
Dan saya ada sebutkan yang blog seperti Blogger (Blogspot) adalah percuma? Tak perlu bayar 1 sen pun untuk mempunyai akaun di Blogger. Jadi memang rugi sangat kalau anda tak ada blog. Benda free kot.

21 Manfaat Blog Untuk Bisnes Anda

Dah 10 manfaat blog yang saya senaraikan di atas. Tapi saya suka nak share sedikit info ini.
  1. Blogging bukan lah solusi jangka pendek. Ia bermanfaat kepada anda untuk jangka masa yang panjang dan berterusan. Dengan ini modal pemasaran online anda semakin kecil apabila pelanggan yang berpusu-pusu datang mencari anda setelah setiap kali mereka Google produk yang berkaitan dengan produk anda, mereka jumpa blog anda.
  2. Blogging adalah medium untuk anda promote produk anda tanpa gangguan secara kemas dan tidak perlu berulang-ulang.
  3. Dengan blog, anda boleh ‘schedule’ bila promosi tersebut akan muncul di Blog anda. Dan ia boleh di copy ke Google+ dan Facebook serta Twitter secara automatik. Perfect untuk anda yang sibuk dan banyak outstation. Anda dah ada secretary percuma.
  4. Dengan blog juga, anda boleh tarik trafik ke Facebook page anda juga. Google sangat suka blog, apatah lagi Blogger sebab Blogger atau Blogspot adalah miliknya. Dan jangan terkejut, kalau 70% trafik yang datang ke blog dan Facebook page anda datangnya dari entri-entri lama dan tips-tips yang anda kira ‘ramai yang tahu’ tetapi ramai yang cari.
  5. Dengan menulis blog tentang bidang dan produk bisnes anda, anda akan kelihatan sebagai orang yang arif dan pakar dalam bidang tersebut. Tiada pelanggan mahu membeli produk dari penjual yang mereka tidak yakin. Semua orang risaukan ‘false consultancy’ dan tiada sokongan selepas jualan.
  6. Blog juga membolehkan pelanggan anda berkomunikasi dengan anda melalui ruangan komen atau pun jika anda bijak, memasukkan ruang komen Facebook ke dalam blog anda. Rata-rata pengguna di Malaysia ada Facebook dan mereka tidak kisah untuk bertanya dan komen di situ. (Contoh: SinarHarian). Dan tahukah anda, setiap kali mereka komen di blog anda, kawan-kawan Facebook mereka pun akan nampak soalan yang mereka tanya… walaupun sekadar ‘PM’. Haa, how about that.
  7. Berbanding Facebook page, Blog adalah amat kemas dan tersusun. Kita boleh susun kategori produk kita dengan elok. Contohnya: Produk kesihatan, kecantikan dan cadar di 3 kategori berbeza. Setiap produk kesihatan akan berada di bawah produk kesihatan. Jadi pelanggan mudah mencari apa yang mereka nak.
  8. Fungsi search di Blogger juga adalah jauh lebih baik dan mudah digunakan berbanding Facebook page. Kita kena mudahkan pelanggan mencari apa yang mereka nak supaya mereka mudah nak bagi duit kepada kita.
  9. Artikel-artikel di blog juga akan kelihatan lebih kemas dan cantik. Tak seperti di Facebook post di mana anda tak boleh nak masukkan gambar antara teks. Kelansungan artikel dan link antaranya adalah amat baik untuk SEO dan juga memudahkan pelanggan anda mendapatkan maklumat.
  10. Dengan blog juga, anda boleh mengutip maklumat pelanggan anda melalui promosi berterusan. Contohnya ebook percuma. Dan sekiranya pelanggan nak ebook ini, mereka kena isi Nama, Email dan Nombor Telefon. Anda boleh perpanjangkan pemasaran anda ke Email dan SMS marketing di masa hadapan.
  11. Statistik menunjukkan 92% syarikat yang menulis blog setiap hari akan mendapatkan pelanggan hanya dari blog semata-mata.
  12. Blog juga boleh mewujudkan keintiman antara anda dan pembaca anda. Apabila dia selalu baca apa yang anda tulis dan dia suka dengan apa yang anda kongsikan, pembaca tersebut terasa rapat dengan anda. Sebabnya, dia membaca apa yang hati anda katakan. Jadi, bila anda promote produk anda, jurang antara pelanggan dan penjual sudah pun dirapatkan. Mudah nak convert ke sale.
  13. Anda kena sedar yang ramai orang sekarang semuanya pakai smartphone. Segalanya mereka nak Google. Malah, dengan adanya Google Map, Waze, Foursquare, mereka mencari tempat makan pun dengan smartphone. Blog membolehkan premis anda masuk di dalam radar Google. Malah, pelanggan yang berpuas hati dengan produk anda pun mudah nak share info tentang bisnes anda kalau dia tau blog anda.
  14. Banyak scam yang berlaku di dunia maya apatah lagi di media sosial. Anda wajib ada blog yang anda kerap kemaskini untuk menunjukkan yang anda adalah peniaga yang sungguh-sungguh dan telus. Bila pelanggan anda siasat latar belakang anda (anda mungkin buat iklan di Facebook), dia akan nampak blog anda. Dia baca entri-entri anda. Dan dia tersuka anda. Bila dah suka, jual apa pun mudah.
  15. Artikel di blog boleh berkait rapat. Kita ada tools yang automatik seperti LinkWithin dan nRelate yang akan memberi cadangan “Anda mungkin meminati… ” artikel-artikel berkaitan. Cuba bayangkan, dia datang nak baca tips menyusu tapi dia juga nampak entri anda review set menyusu atau breast pump yang anda turut jual (sama ada dropship atau affiliate).
  16. Blog adalah percuma (mostly). Should I say more?
  17. Jalinan pemasaran antara Blogger pun anda boleh lakukan apabila anda mempunyai Blog. Anda boleh blog walking ke blog-blog orang (tak semestinya peniaga), sebaiknya prospek, tinggalkan komen dan jejak… nanti insya Allah, blogger tu mesti penasaran..siapakah anda. Dia akan datang ke blog anda dan baca apa yang anda tuliskan. Malah, kalau dia suka..silap-silap dia tolong promote produk anda di blognya sekiranya dia rasakan itu amat bermanfaat (itu yang berlaku di projek blog Umrah kami). Syukur sebab yang promote tu adalah POWER BLOGGER yang Google dah respek. Terus melonjak rank kami di Google.
  18. Social Marketing menjadi lebih mudah kalau anda ada blog sebab blog menjadi ‘center point to your marketing efforts’. Pelanggan dapat mencari lebih banyak info berkaitan dengan klik link di iklan atau posting anda di media sosial. Anda juga boleh share kan pelbagai tips yang anda dah tulis sebelumnya ke media sosial. Jangan terkejut kalau ada marketer yang post semula link tips dan tutorialnya yang ditulis pada tahun lepas. Blog contents are usable. (boleh digunakan semula).
  19. Dan sekiranya anda menjalankan bisnes MLM, personaliti anda adalah amat penting. Dan blog boleh membantu untuk anda mewujudkan personaliti anda yang anda mahukan. Anda boleh share kisah susah senang anda dalam menjalankan bisnes. Perjuangan anda. Semangat anda. Ini untuk memberi inspirasi kepada pembaca. Pembaca yang sudah terinspirasi dengan anda adalah amat mudah untuk menjadi downline anda. Dia sendiri yang akan cari anda (Proven success, over and over).
  20. Malah, kalau anda tak buat bisnes MLM pun, self promotion adalah amat penting demi memudahkan anda menjalinkan hubungan antara orang-orang bisnes. Dengan adanya blog, mudah untuk anda highlight kan perkara yang boleh boost image anda atau personaliti anda di mata mereka yang ‘tetiba research’ pasal anda. Tanpa blog…hmmm good luck explaining stuff to them.
  21. The last one (memang target 21 pun)… Cheap and Practical Online Marketing = Google. Google suka anda, kerja pemasaran jadi sangat mudah. Customer cari anda. Bagaimana nak bagi Google suka? Tulis blog dengan istiqamah dan focus untuk menambah nilai hidup dan ilmu pembaca. Blog membolehkan anda memberi dan memberi secara percuma. Remember: What you give you will GET MORE.
Phew..siap juga 21 sebab ye.
Cara terbaik untuk tukar orang awam kepada peminat dan pembeli anda.
Cara terbaik untuk tukar orang awam kepada peminat dan pembeli anda.

Saya Tak Reti Buat Blog laaa

Dan sekiranya anda tak reti nak design dan make-up kan blog anda, fokus pada bisnes anda dan kandungan blog anda. Kerja-kerja design dan make-up ni boleh serahkan pada yang ahli. Mungkin saudara anda. Mungkin kawan-kawan. Bayar upah sikit tak pe janji bagus.
Tapi kalau anda tak ada sesiapa yang boleh bergantung harap untuk design dan make up blog untuk anda, anda ada dua laluan
Dan sekiranya anda nak buat sendiri, saya amat-amat galakkan. Banyak tutorial di web dan Youtube untuk anda yang suka mencuba.
Cuma kalau bisnes dah kencang, saya rasa rugi juga anda korbankan dua tiga hari untuk make-up blog sedangkan anda boleh delegate pada professional ataupun belajar short-cutnya dalam 8 jam.
Penutup entri.. saya hadiahkan gambar di bawah:
whyeverybusinessshouldblog

No comments:

Post a Comment