Sunday, 13 November 2016

Web Web Web

Hari ini saya bagi Tutorial kepentingan web dalam bisnes juga hidup kita

Tahukah web dengan domain sendiri memberikan kepercayaan tinggi kepada pengguna!!!!

Kenapa anda perlu ada web dan domain sendiri bila biz???

Majoriti kita manusia kadang lupa dan bila ada domain name sendiri

Orang akan ingat biz kita.

Sebagai contoh banding biz saya dengan orang yang jual face to face

Jika anda jual face to face,orang akan ingat no phone seller.

Apa akan jadi jika handphone diorang rosak atau hilang,
maka no anda pun hilang dan pelanggan tue nak cari anda kembali pun tak bleh ,no phone anda dah hilang.

Dan saya bagi contoh biz saya dengan domain www.rahsiafirdaus.com
ditakdirkan phone diorang hilang kena samun atau rosak,diorang nak cari saya balik tak tau no phone,diorang akan ke internet dapatkan kembali kontek saya.

Hampir 90% pelanggan saya hubungi saya kembali,ada yang kata lupa phone tak save,ingat web saya,diorang buka dan dapat balik kontek.

Setiap pelanggan yang pernah menjadi pelanggan anda adalah harta anda yang terlalu mahal.

Kenapa mahal?? Kerana diorang akan kembali pada anda selama lamanya jika anda menjaga hubungan dengan pelanggan.

Saya ada pelanggan yang dah beli ngan saya lebih 30 kali dan dah kenal bertahun tahun.

Kalau seorang customer lama anda leh bagi rm50 sebulan pada anda jika ada 200 pelanggan

Dah RM10,000 sebulan.

Saya sentiasa tekankan pada orang yang biz agar ada web sendiri.

Manusia nie kadang kadang minat ngan biz kita tapi malas nak dengar penerangan dari kita.

Ada situasi dari saya,bro jual perfume ape???

Saya jual pelbagai jenis perfume lelaki wanita,nak masuk jer web saya boleh tengok camne pelbagai pilihan.

Jadi tengok betapa mudahnya gtau customer.

Apa akan jadi anda tak ada web,anda kena gtau setiap satu perfume,ada kala manusia jadi pening banyak sangat nak gtau jenis harga pening la,ade web tak saya nak tengok.

Anda pulak kata tak ada web,lari ka customer anda melayang jauh.

Juga kepentingan web adalah di masa anda letih,
ada yang kontek anda nak tau biz anda,
dengan hormat kata saya letih nak tidur,boleh masuk web saya semua ada detail ye esok saya akan kontek dan bincang k,jadi customer tak lari la masuk web studi biz kita esok dia tunggu untuk bincang ngan kita.

Apa yang akan jadi kita tak ada web,kita letih
kita kata kat customer esok la bincang saya letih,
customer kata ade web tak penerangan biz u.
kita kata tak ada la,mesti dia kecewa.
kadang manusia dia nak cepat info biz kita.

Selain tue web adalah umpama juru cakap video pada biz kita.
24 jam sehari di internet menerangkan biz kita.
kadang customer kontek,bro minta no akaun bank.
kita bagi terus dia bank in tanpa kita terang apapun.

Web merupakan cermin kedai kita.
jika contoh kita tinggal di penang,pelanggan di kuching sarawak.
kita buka kedai fizikal dipenang,bagaimana dia nak mai jauh.
kalau kedai kita web online dan dia leh masuk web kita,dia boleh terus beli kat kita.

Sekarang kan ade pos laju satu Malaysia,tak yah bimbang
terus pos laju kita ke seluruh Malaysia.

Terus terang cakap saya dapat beratus ratus pelanggan dari sabah sarawak.

Oleh itu,kalau tak tau buat web,belajar buat

Wajib ada satu

Kalau kata susah sukar.

Saya mula mula buat pun rasa susah sangat tapi saya leh ada.

Kena paksa diri la buat

1 comment:

  1. The people are very lucky to have this blog because it has better knowledge.
    .me domain name

    ReplyDelete