KENAPA UNSTOPABBLE?? Terkena Hidup aku bermula awal tahun ni 2008, aku ditakdirkan bertemu dengan UNSTOPABBLE TEAM ketika aku tidak bersedia, selepas satu Malaysia heboh dengan isu SAHAM NERAKA tahun lepas, dan aku salah seorang daripada mangsa keadaan masa itu. Beribu jugak aku rugi atas sebab ketaksuban mengejar dunia hinggakan lupa HALAL HARAM. Aku buntu time tu, sebelum tu aku sudah dikenalkan oleh kawan aku kepada Abang Edi, Abang Ija (Leader yang mengubah kami), Fariz, Abang Ali Hanafi, Abang Zul, Faiz dan lain-lain, pasal UNSTOPABBLE TEAM, duit dah ada tapi aku lebih nampak benda yang lagi nyata, iaitu SAHAM NERAKA, siapa tak tahu time tu yang paling top adalah ABFund, EA Index, SwissCash, EMKAY dan sebagainya lah. Tetapi ALHAMDULILLAH dengan berkat DOA serta usaha di samping dapat bimbingan serta tunjuk ajar daripada diorang, dalam masa beberapa bulan buat aku dah dapat tebus kerugian aku dalam SAHAM NERAKA!!! Dan sekarang aku dah pun memiliki kereta ku sendiri, walaupun tak seberapa, tapi cukup la untuk aku memudahkan perjalanan ku nak balik kampung ke, kemana-mana ke, kalau tak naik motor je. Hijrah Aku berhijrah ke KL dengan segulung DIPLOMA, aku dah pun bekerja kat sini hampir 5 tahun, selama bekerja, aku cuma dapat mengumpul simpanan ku hanya membeli motorsikal. Pernah aku tertanya-tanya. Apa tujuan aku bekerja, apa tujuan aku belajar bertingkat-tingkat, apa yang aku nak sebenarnya datang ke IBUKOTA besar ni, untuk apa sebenarnya??? Dah 5 tahun aku tinggal di KOTA ini, baru la aku paham, hidup di kota memerlukan kos yang tinggi, kos minyak, sara hidup, dan pelbagai jenis kos lagi. Dengan gaji RM 1500 sebulan, apa aku dapat buat dengan duit tu, tapi aku bersyukur sebab itu adalah rezeki yang Allah nak bagi. Orang cakap, gaji RM3000 sebulan pun masih tak cukup. Tapi setelah aku join UNSTOPPABLE TEAM ni, baru la aku nampak, apa tujuan TEAM ini ditubuhkan, apa matlamat TEAM ni sebenarnya. Hari pertama Aku melangkah ke Team ni, aku di ajar bagaimana nak 'transform' ke orang yang berjaya. Diorang ajar aku apa itu 'PERSONAL DEVELOPMENT'. Memang aku sepatah haram pun tak tau apa kejadahnya Personal Development tu. Hari pertama diorang Post Morten aku, personal development. Baru aku tau personal development apa maksudnya, diorang tanya aku macam mana pengurusan kehidupan aku, apa matlamat aku berhijrah ke KL, confirm la aku jawab, "mesti la nak cari kerja, cari duit". Dari situ, hidup aku berubah. Diorang cakap, "Kalau ko nak cari kerja, nak cari duit, better ko balik kampung je la kerja kat kampung. Dekat KL kalau ko tak pandai menguruskan diri, kewangan, dan masa. Kamu adalah orang yang ketinggalan". Aku cuba memahami apa maksud ayat tadi, aku flashback balik kehidupan aku 5 tahun lepas, aku dapat tangkap, aku datang KL semata-mata dapat motor sebiji je, ABIS 5 TAHU BUAT APE??? Pasal PD aku tak tau nak manage. Kalau gaji RM1500-RM3000 sebulan, tak cukup nak sara di kotaraya seperti KL ni, daripada gaji macam-macam kita nak bayar, macam-macam kita nak beli. KENAPA ORANG KAYA BERTAMBAH KAYA, KENAPA ORANG MISKIN BERTAMBAH MISKIN Orang kaya biasanya buat apa yang orang miskin buat, tetapi tidak bagi orang miskin. Orang miskin tidak suka apa yang orang kaya buat. Orang kaya akan mengumpulkan ASET (Duit masuk) daripada LIABILITI (Duit keluar), tetapi orang miskin menganggap Liabiliti tu sebagai ASET. Sebagai contoh, RUMAH atau KERETA, walaupun kita tahu RUMAH dan KERETA adalah ASET, tetapi dia sebenarnya Liabiliti, untuk jangkamasa panjang baru la ianya menjadi Aset, maknanya kena bayar hutang pinjaman bank dulu baru boleh dijadikan Aset. EGO Banyak yang aku belajar daripada Team ni, aku lagi tersentuh bila diorang tanya pendapat aku. "Ikhwan, aku nak tanya ko, ko try tengok orang sekarang ni, bila kita nak tolong diorang, diorang Ego, diorang sombong, kenapa boleh jadi macam tu?", aku terkaku nak menjawab. "Sebab, diorang lebih mendengar dari mulut orang yang negative, sebagai contoh, katakan seseorang tu nak ke JB la katakan, lepas tu ada la kawan dia tegur, ko tak payah la pegi ke JB, jalan sana jem teruk, ada eksiden. Kalau orang tu dengar daripada mulut kawan dia ni apa tindakan dia? Jawapan dia macam ni la, kalau dia dengar cakap kawan dia ni, confirm dia takkan sampai ke JB, sekurang-kurangnya dia melalui perjalanan ke JB, dalam masa perjalan dia boleh tanya orang-orang yang dah melalui jalan tu". Daripada contoh tu baru la aku paham, aku dah nampak target aku, aku nak berjaya, aku nak kaya, aku nak sampai ke destinasi aku, jalan orang dah bagi, dah siap pun tuk lalu, tetapi jika aku mendengar cakap daripada orang yang macam ni, nescaya aku takkan berjaya. Tapi Alhamdulillah, aku IKUT CAKAP ORANG BERJAYA, dan aku dapat tempiasnya, dan hingga sekarang hasil usahaku berhasil, dan sekarang aku pulak ambik tanggungjawab menolong orang yang betul-betul nak tolong diri sendiri dan keluarga dia keluar daripada masalah kewangan. DUIT OH DUIT Orang cakap, DUIT bukan segala-galanya nak hidup, tetapi jika takder duit, porak-peranda tak hidup? Hutang kereta, rumah boleh bayar tak, anak bini kita leh sara tak? Peluang datang bila kita tidak bersedia, dan ia akan berlalu tanpa menunggu kita, mungkin peluang bagi anda sekalian dan kita hendaklah selalu bersedia kemungkinan-kemungkinan akan datang. Di masa kita sihat walafiat ni, tiada cacat celanya, cuba la mengizinkan diri sendiri rebut peluang ni, siapa lagi nak tolong kalau tak diri sendiri, kami di UNSTOPPABLE TEAM bersedia membantu Tuan/ Puan sekiranya ada masalah kesulitan duit, kami akan tunjuk jalan bagaimana nak berjaya, bagaimana kita nak SUCCESS dalam hidup. Tak Bersedia Cuba kita bayangkan Tuan/ Puan dalam situasi macam ni, andai kata time kita tak bersedia, dugaan melanda keluarga kita, andaikan Ahli keluarga/anak kita sakit dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyelamatkan nyawa tersebut, apakah perasaan Tuan/ Puan time tu, apa yang patut Tuan/ Puan putuskan time tu, adakah Tuan/ Puan sanggup tengok penderitaan Ahli keluarga/ anak Tuan/ Puan macam tu aje, 1st sekali Tuan/ Puan akan menyesal, Kenapa time aku sihat, time aku ada peluang aku tak pikirkan kemungkinan ini, kenapa aku tak rebut peluang yang orang menawarkan pertolong pada aku, kenapa bila dah aku lalui ni baru aku nak sedar betapa pentingnya persediaan masa depan. Peluang Tuan/ Puan, cerita ni bukan rekaan semata-mata, benda ni dah berlaku, otak aku terbuka bila orang ceritakan kes macam ni, dan aku sedih kenapa orang melayu meletakkan EGO di tahap paling atas. Jadi apa lagi jalan penyelesaian yang Tuan/ Puan ada, berapa lama lagi Tuan/ Puan nak makan gaji, sekurangnya kita ada backup income jika berlaku kes di atas. Kami di UNSTOPPABLE TEAM hanya tunjukkan jalan, kami bagi peluang ni kepada yang boleh berfikiran, dan pandai berfikir. Kami akan pandu ANDA sehingga berjaya, ini janji kami kepada AHLI UNSTOPPABLE TEAM. Nak Info lagi detail UNSTOPPABLE TEAM?? Sila click Feedback Unstoppable di INFO LAGI. Sekian, terima kasih. Yang benar, Ikhwan - UNSTOPPABLE TEAM Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
ReplyDeleteشركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
شركة نقل اثاث بجدة | شركة نقل عفش بالرياض | شركة نقل عفش بالمدينة المنورة | شركة نقل عفش بالدمام
شركة نقل عفش بجدة
شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
شركة نقل عفش بالدمام
شركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
http://khairyayman.inube.com/
ReplyDeleteشركة نقل عفش بمكة
شركة نقل عفش بالخبر
شركة تنظيف خزانات بجدة
خدمات تنظيف بالمملكه
I would be supportive on all your articles and blogs as a result of they are simply up to the mark.
ReplyDeleteregister dot co domain